UTAMA

  • PERSIDANGAN SEJARAWAN

  • gambar1

  • gambar2

  • gambar3

  • gambar4

  • gambar5

  • gambar6

 PERASMI 
 Farid

YB Datuk Sr. Muhamad Farid Bin Saad merupakan ADUN Pulau Betong, Pulau Pinang sejak 2004 sehingga kini. Beliau telah terlibat secara aktif dalam politik negeri sejak tahun 1999 sebelum dipilih sebagai Ketua Cawangan UMNO Sungai Korok, Pulau Pinang. Beliau kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau. Selain sebagai ADUN, YB. Datuk Muhamad Farid juga merupakan   seorang jurukur bertauliah di Malaysia. Pendidikan awal beliau bermula di Sek. Men. St. George, Balik Pulau, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian tinggi dengan memperolehi diploma dalam bidang Ukur Bahan daripada Universiti Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau seterusnya menyambung pengajian di Robert Gordon Institute Of Technology, Scotland, U.K. dan dianugerahi ijazah B.Sc. Quantity Surveying pada tahun 1988. Selanjutnya beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara Malayasia (UUM) dan dianugerahi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) 1999. YB. Datuk Muhamad Farid ialah seorang jurukur bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia. Sebagai seorang profesional, YB. Datuk Muhamad Farid   juga merupakan felo kepada Institute Of Surveyors, Malaysia.

Beliau pernah bertugas sebagai jurukur bahan profesional dalam pelbagai agensi dan konglemerat swasta dengan menjawat beberapa jawatan penting antaranya ialah sebagai quantity surveyor di Nik, Farid dan Loh Sdn. Bhd. serta sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat JUB Ikatan Sepakat. Sdn. Bhd. YB Datuk Muhamad Farid juga sangat aktif dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembangunan sosio-ekonomi penduduk Pulau Pinang, khususnya dalam kalangan masyarakat Bumiputera. Sumbangan beliau amat besar terhadap pembangunan negeri Pulau Pinang terutamanya dalam memajukan tahap sosio- ekonomi masyarakat bumiputera di negeri ini. Sumbangan beliau diperlihatkan dalam banyak aktiviti pembangunan sosio-ekonomi setempat dan menjawat pelbagai jawatan dalam agensi yang berkaitan dengan pembangunan anak negeri.

Antaranya beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fokus Group Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang, AJK Fokus Group Hartanah Bumiputera Pulau Pinang, Ahli Majlis Pembangunan Pulau Pinang, Ahli Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Ahli Majlis Pembangunan Koperasi Pulau Pinang dan Ahli Jawatan kuasa Majlis Pembangunan Pertanian Pulau Pinang. YB. Datuk Muhamad Farid juga seorang yang sangat tekun dan mempunyai minat yang mendalam serta konsisten dalam dunia keilmuan. Justeru, dalam kesibukan beliau sebagai pemimpin masyarakat, YB. Datuk masih gigih untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Beliau kini sedang menyelesaikan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (Sains Politik) di Universiti Sains Malaysia. Sesungguhnya sebagai mengiktiraf kegigihan beliau dalam menabur jasa dan bakti kepada seluruh rakyat, Datuk Sr. Muhamad Farid telah dianugerahi Pingat Jasa Kebaktian (Pulau Pinang) dan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).