OBJEKTIF

1.    Menyediakan forum yang menghimpunkan sejarawan dari luar mahupun dalam negara, komuniti intelektual manca negara, pelajar dan masyarakat awam untuk menjana mahupun melontarkan idea-idea serta penemuan baru dalam penyelidikan dan pendidikan sejarah.

2.   Sebagai forum yang tepat dalam bertukar idea dan membincangkan isu-isu terkini, kritikal dan terpilih dalam disiplin sejarah.

3.   Menilai perkembangan terkini pengajian sejarah di semua peringkat khususnya dalam mendepani cabaran revolusi digital dan tuntutan pembentukan masyarakat lestari

4.   Memupuk minat yang lebih mendalam dan meluas terhadap penyelidikan sejarah dalam kalangan golongan sasar khususnya generasi muda.

5.   Meneroka potensi-potensi baru dalam memperkasakan pendidikan dan penyelidikan disiplin sejarah.

6.   Menjana idea dalam merekayasa visi untuk memasyarakatkan sejarah nasional yang lebih berwibawa.

7.    Mengenalpasti bentuk-bentuk kerjasama dalam penyelidikan rentas bidang yang sesuai demi memperkasakan disiplin sejarah.