TEMA

 MEMPERKASA SEJARAH NASIONAL DALAM MELESTARIKAN PEMBANGUNAN NEGARA

SUB-TEMA

Dalam usaha mewujudkan sebuah wacana ilmiah yang dapat mengungkap ilmu sejarah ke tahap yang tinggi dan dapat mengembangkan disiplin sejarah sebagai satu disiplin yang dapat membangun masyarakat lestari, maka persidangan ini akan memberi tumpuan kepada beberapa sub-tema penting untuk diadunkan sebagai fokus utama pembentangan kertas kerja. Antara sub-tema yang diberi keutamaan sebagai tajuk kertas kerja dalam persidangan ini ialah:

 

  • Sejarah dan Hubungan Etnik
  • Isu-Isu dalam Pendidikan Sejarah
  • Sejarah, Pendidikan dan Agama
  • Sejarah dan Pembangunan Sosioekonomi
  • Sejarah Warisan, Agama dan Tamadun
  • Pensejarahan, Teori dan Kaedah Sejarah

 

Walau bagaimanapun, sub-tema sub-tema lain yang turut menyentuh tentang aspek sejarah dan pensejarahan juga boleh dipertimbangkan sebagai tajuk kertas kerja persidangan ini nanti. Antara sub-tema sub-tema lain yang sesuai ialah:

SUB-TEMA

  • Sejarah Lisan
  • Sejarah Tempatan
  • Sejarah Alam Sekitar
  • Sejarah dan Teknologi
  • Sejarah Serantau
  • Sejarah Antarabangsa dan Hubungan Diplomatik
  • Sejarah Yang Terpinggir/Sejarah Minoriti
  • Isu-Isu dalam Sejarah Politik Malaysia
  • Kajian Arkib, Dokumen dan Manuskrip Sejarah
  • Arkeologi, Muzium dan Permuziuman